Sunday 11 March 2012

RAWATAN ALTERNATIF KANSER

Written by Admin   
Tuesday, 20 September 2011 16:36
Kita semua tidak percaya bahawa kanser boleh disembuhkan malah para-para doktor sendiri sering memberitahu bahawa sukar untuk menyembuhkan penyakit kanser sepenuhnya. Pengalaman dan pemerhatian daripada kawan-kawan atau saudara-mara yang mengidap kanser hampir tiada yang berjaya disembuhkan oleh perubatan moden. Pembedahan moden, rawatan kimotherapi dan Radiotherapi hanya biasanya mengawal kanser untuk sementara waktu sahaja, malah ada yang tewas dengan berbagai komplikasi dari kimotherapi ataupun radiotherapi sendiri. Setelah fasa rawatan agresif selesai, kebiasaannya dalam 1 ke 2 tahun kanser akan terjadi lagi di lokasi yang sama atau pun merebak pula ke lokasi yang baru dengan lebih agresif lagi. Dalam hal sebegini tawaran rawatan moden sudah agak terhad dan peluang untuk pulih terlalu kecil sekali. Biasanya doktor akan berbincang dengan pesakit bahawa tidak banyak yang mampu dilakukan dan kadang-kadang hospital langsung menolak untuk memberi apa-apa rawatan selain hanya mampu membekalkan Morphine secara sah sebagai ubat penahan sakit dengan menghayalkannya!.

Persoalannya kenapa kanser boleh hidup dan merebak semula walaupun telah dibuat pembedahan , kimotherapi dan diradiasi? Ketahuilah bahawa ketiga-tiga rawatan moden ini hanya cuba menghapuskan atau mematikan kanser pada lokasi yang diserang kanser sahaja. Tiada langsung usaha atau pun rawatan yang diberikan untuk membaik pulih ‘persekitaran’ didalam badan pesakit kanser tersebut. Kanser itu wujud sudah pasti kerana persekitaran badan pesakit yang menggalakkan penumbuhan kanser tersebut, jadi dengan sekadar membuang tisu kanser sahaja tetapi ‘persekitaran’ nya tetap sama, maka sel kanser akan mudah tumbuh semula di persekitaran yang sama dan sesuai untuk nya hidup mungkin pada mana-mana posisi atau lokasi yang lebih bagus.

Jadi sebenarnya pendekatan untuk rawatan kanser perlu lah lebih komprehensif dan menyeluruh tidak cukup sekadar membuang tisu kanser sahaja, tapi yang lebih penting adalah bagaimana kita mahu membaik pulih persekitaran didalam badan pesakit supaya berubah daripada ‘friendly’ kepada pertumbuhan kanser kepada tidak ‘friendly’ untuk pertumbuhan kanser.

Pemulihan sistem dalam badan pesakit adalah melibatkan ‘biokimia’ dan metabolism didalam badan pesakit. Berbagai faktor terkait dengan pemulihan sistem metabolism badan. Terutama sekali apa yang dimasukkan kedalam badan kita melalui pemakanan, minuman dan pernafasan serta apa yang terserap melalui kulit akibat dari pendedahan dikulit seperti penggunaan shampu, sabun, alat solek, krim muka/ badan, deodorant dan lain-lain. Yang kedua penting adalah faktor ‘perkumuhan’ iaitu pembuangan hasil-hasil metabolism yang tidak dikehendaki oleh tubuh badan yang biasanya dilakukan melalui pembuangan air kencing, najis, pernafasan dan system perpeluhan.

Jadi dalam hal ini untuk penjernihan atau penyulingan system badan tidak cukup sekadar penghalang kemasukan pemakanan, minuman, udara yang tidak baik sahaja atau peningkatan kelancaran proses perkumuhan tetapi adalah pengambilan bahan-bahan yang kekurangan secara kronik akibat dari salah cara pemakanan yang bertahun-tahun dan juga mengambil pemakanan tambahan bagi memaksimakan sistem immune didalam badan.

Dengan cara begini sistem persekitaran didalam badan dipertingkatkan untuk menghasilkan suatu sekitaran yang sihat yang tidak menggalakan pertumbuhan sel-sel kanser dan malah wujudnya sistem pertahanan immuniti yang efektif untuk langsung membunuh sel-sel kanser yang baru terjadi.

Pendekatan yang menyeluruh ini adalah bersesuaian dengan konsep ‘teori metabolik’ yang mengatakan penyakit metabolik terjadi apabila terjadinya kekurangan zat-zat pemakanan tertentu dalam kadar waktu yang lama seperti penyakit ’scurvy’ akibat kekurangan Vitamin C dalam pemakanan yang kronik dan penyakit ‘pellagra’ akibat dari kekurangan Vitamin B dalam pemakanan yang kronik juga. Kanser juga adalah suatu penyakit metabolik! Kekurangan perbagai zat-zat pemakanan didalam diet moden sekarang jelas mengkaitkan pelbagai penyakit kronik yang tiada penawar hingga sekarang. Terutamanya penyakit kanser yang tidak kedengaran pada 20 ke 30 tahun dahulu, tetapi sekarang sudah menjadi terlalu kerap, malah setiap 4 orang pasti seorang mati diserang kanser! Apakah ini harga yang terpaksa dibayar oleh generasi sekarang akibat dari kemodenan, industraliasasi dan kemajuan teknologi?.

Dari penerangan diatas jelas kepada kita bahawa untuk merawat kanser kita perlu mengambil pendekatan yang komprehensif dan menyeluruh iaitu pertamanya dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin apabila anda merasa tidak sihat, mengalami apa-apa simptom ataupun mengesyaki diserang kanser. Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang berbagai pemeriksaan darah seperti ‘ tumours markers’ dapat dilakukan untuk mengesan kanser diperingkat seawalnya. ‘MRI’, X-Ray dan PET’s scan juga mampu mengesan kanser seawalnya yang terpendam atau tersorok didalam badan anda. Dapatkan pengesahan atau konfirmasi tentang jenis kanser and ‘staging’ dari pada pakar ongkologist anda, ini adalah penting untuk menilai tentang prognosis dan rawatan yang bakal anda lalui.

Pengesahan ini juga penting untuk insuran anda terutamanya sekiranya anda ada membeli polisi ‘critical illness’ yang mana dengan pengesahan diagnosa kanser anda berhak menerima langsung wang tunai sejumlah yang di insuransikan. Dengan ada lebih badjet begini anda bebas memilih rawatan yang anda fikirkan terbaik untuk anda, bukan rawatan yang di paksakan oleh sistem di hospital iaitu chemotherapy dan radiotherapy sahaja dan sekiranya gagal anda akan dihanyutkan kedalam dunia khayal yang tak berkesudahan dengan bekalan MORPHINE sah yang tidak terhad sehingga anda mati dalam khayalan tesebut.

Pendekatan seterusnya adalah mengubah cara hidup anda secara total yang mencakupi segala aspek kehidupan anda. Pemakanan, minuman, udara, tabiat dan persekitaran anda perlu berubah dari tidak sihat kepada yang menyihatkan. Terutama sekali mengambil sayur-sayuran, buah-buahan organic yang sekerap dan sebanyak yang mungkin. Minum minuman yang beralkali yang bertapis dan tidak mengandungi klorin dan berbagai logam berat. Jauhkan dari pada cara hidup yang penuh tekanan dan kesibukan yang melampau. Tidak mengambil gula, daging haiwan dan ‘diary products’ yang menggalakkan pertumbuhan kanser.

Konsep utama rawatan chemotherapy adalah untuk membunuh sel-sel kanser tapi malangnya dalam masa yang sama ia turut membunuh sel-sel normal yang aktif jadi menghasilkan kesan toksid yang tinggi dan berbagai komplikasi kepada pesakit kanser. Ubat chemotherapy yang terbaik adalah yang hanya mampu membunuh kanser sel sahaja tanpa membunuh sel-sel yang sihat dan normal. Antara ‘targeted chemotherapy’ yang ada di amalkan adalah rawatan ‘IPT’ iaitu ‘Insulin Potentiation Therapy’, sebagaimana dalam test mengesan cancer yang terbaru PET’s scan yang menggunakan gula bersama radioaktif untuk mengesan keberadaan sel-sel kanser di seluroh badan. Saintis dan dunia perubatan tahu dan mempercayai   bahawa sel-sel kanser mampu menyerap gula sebanyak 15 ke 20 kali lebih kuat daripada sel-sel biasa jadi gula digunakan dalam PET’s scan sebagai target untuk mengesan sel-sel kanser.

Konsep dan pendekatan yang sama digunakan dalam rawatan IPT sejak 40 tahun dahulu iaitu sebelum ujudnya test PET’s scan!. Dalam rawatan IPT ubat chemotherapy yang digunakan adalah sama seperti yang biasa digunakan untuk rawatan kanser di hospital tetapi jumlah atau dose yang digunakan adalah sekadar 10% ke 20% daripada jumlah yang biasa digunakan dalam rawatan chemotherapy konvensional tetapi kesan chemotherapy ini diperbesarkan konsentrasinya dengan pemberian suntikan insulin pada permulaan proses sehingga ke tahap hypogyycemia baru ubat chemotherapy di suntik dan diikuti dengan gula. Dose yang kecil dengan target yang langsung tertumpu kepada kanser sel sahaja mampu membunuh sel-sel kanser tanpa memberikan kesan toksid ataupun kesan sampingan yang teruk.

Selain rawatan IPT diatas ada satu lagi rawatan chemotherapy yang hanya memyerang dan membunuh sel-sel kanser tanpa mendatangkan sebarang toksid atau kesan sampingan kepada penderita kanser iaitu ‘Ukrain chemotherapy’. Ubat Ukrain ini terdaftar sebagai ubat chemotherapy di 12 negara di dalam dunia seperti USA, UAE, Australia, Mexico, Ukrain, German, Georgia, Turkmenistan, Belarus, Azerbaijan, Tajikistan and Tunisia.
Ukrain adalah kombinasi Chelidonium majus dan Thiopenta yang mempunyai tarikan kepada kanser sel yang terlalu tinggi dan hanya membunuh kanser sel sahaja dan dalam masa yang sama ia dapat merangsang immune sistem pesakit untuk meningkatkan keupayaannya. Rawatan Ukrain dilakukan secara suntikan intravenous berselang hari untuk 3 minggu pertama dan seterus nya setiap 2 kali seminggu untuk tempoh 3 ke 6 bulan sehingga berlaku ‘complete remmision’. Yang menjadi masalah nya adalah kos rawatan ukrain ini agak tinggi dan boleh mencecah RM100,000 untuk 3 bulan rawatan.

Dalam waktu yang sama anda boleh memulakan ‘rawatan metabolik’ untuk mengembalikan persekitaran sel-sel dibadan anda kepada situasi yang sihat dan tidak mengalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Ini dapat dilakukan dengan mengambil pelbagai ‘food supplement’ disamping mengambil rawatan B17. Rawatan metabolik juga boleh dipanggil sebagai ‘Optimal Nutritional Supplementation Therapy”. Ada tiga peringkat didalam rawatan metabolik iaitu peringkat intensif, peringkat kedua dan peringkat maintenance. Suntikan B17 setiap hari untuk selama 21 hari adalah diperlukan bersama dengan pengambilan Pil B17, Capsule Apricot Seed, Vitamin B15, Bromilin Pil, Vitamin C, Vitamin E, multivitamin dan antioxidant seperti Graviola Pil dan juga Graviola Tea.

Banyak kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan kanser adalah untuk pengembangan teknologi terkini yang meliputi pengeluaran alat-alat canggih untuk mengesan kanser ataupun pengeluaran berbagai alat moden untuk membantu merawat kanser seperti ‘cyberknife’ ataupun sentiasa diciptakan berbagai ubat chemotherapy yang baru untuk merawat kanser dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal. Semakin canggih kajian, peralatan dan semakin mahal ubat chemotherapy maka semakin banyak kanser terjadi. Jadi teknologi tidak mencegah atau mengurangi terjadi nya penyakit kanser!!!

Rawatan kanser yang standard adalah terhad kepada pembedahan, chemotherapy dan radiotherapy sahaja, apa-apa rawatan selain daripada yang tiga ini adalah dianggap sebagai ‘Rawatan Alternatif kanser’. Ini termasuk rawatan metabolik dan juga rawatan IPT tidak dianggap rawatan yang ‘mainstream’. Saya percaya anda pasti tertanya-tanya lagi betul ke kanser boleh disembuhkan? Apakah betul penawar kanser adalah melalui ‘ nutritional food supplementation therapy’?. Ketahui lah bahawa “ Allah yang menurunkan penyakit maka Allah juga yang menyembuhkan nya ” Cuma kita sahaja yang tidak bertemu dengan ubat yang betul.  Vitamin B17 telah berada di pasaran Malaysia dan ia nya telah dikilangkan dibawah GMP status dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah ‘Food Supplement’.

Saturday 10 March 2012

DR Ernest Kreb Jr

Pakar biochemist pengasas
Vitamin b15 dan b17 : “b17
Adalah harapan utama dan
Terakhir didalam terapi kanser’’.

B17 AMIGDALIN
Merupakan sebuah enzim yang
Diperolehi daripada biji buah apricot
Yang mempunyai khasiat untuk
Mencegah da membunuh sel
Kanser.sebuah makanan tambahan
Yang digunakan oleh beberapa hospital di dunia
Untuk membantu penyembuhan penyakit kanser.
Diantara klinik dan hospital yang telah pun meng-
Guna vitamin b17 the fouintain of life clinic,
Gold coast , australia,the kroiss cancer center,
Austria lmmuno augmentative therapy center ,
Bahamas ,ozone research center,havana,cuba
Center for progressive medicine,kanada,brackend-
Ene clinic ,england,the lssels cancer treatment,
England,bio med klinik jerman,klinik st georg,
Jerman,optimum health center ,hong kong,
United cancer research institute,hun,
Gary, the east clinic,lreland,sant
Orsola malpighi hospital ,bologna,itali
Holistic keihoku hospital ,tokyo,jepun,
Oasis hope of hospital ,tiguana,
Mexico dan lain-lain

B17 apricot seed
Kaum hunza yang tinggal di
Pergunungan himalaya seba-
Gai kaum yang berumur pan-
Jang amat menghargai buah
Ini kerana kebaikan yang
Diberikan olehnya terhadap
Kesihatan mereka semenjak
1500 tahun dulu.apricot juga
Terkenal sebagai makanan kesihatan oleh penga-
Mal perubatan greek sementara orang rom pula
Mendedikasikan buah ini kepada venus,dewi cinta
Mereka aprikot telah diperkenalkan di eropah
Semasa zaman alexander  the great .apricot
Termasuk dalam kelas subasid.asid ini boleh dida-
Pati ketika buah ini masih belum masak sepenuh-
Nya keasidannya akan semakin berkurangan
Manakala kandungan gulanya akan semakin men-
Ingkat semsa buah ini  dalam proses masak. Apri-
Cot merupakan buah yang yang berbiji dan mengand-
Ungi pelbagai khasiat.buah,biji,minyak dan
Bunga dari buah apricot telah digunakan dalam
Bidang perubatan sejak berkurun lamanya.
Kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksana-
Kan, biji buah apricot mengandungi amigdalin
Atau vitamin b17 mampu merawat danmemulih
Masalah sistem metabolik dan menstabilkan
Sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak
Normal
antara khasiat b17 apricot seed ia mencegah &
Merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti
Leukemia,kanser payudara,kanser serviks,kanser
Otak,kanser hati,kanser tulang,kanser lym-
Poma,kanser uterus,kanser perut,kanser prostat,
Kanser ovari,kanser colon,kanser paru-paru,
Kanser usus,kanser kulit
Dan lain-klain lagi.

B-HEALTH BROMOLIN
1.bromoln adalah Satu
Enzim dikeluarkan dari
Batang&buah nenas. La
Digunakan bagi mem-
Bantu mengurangkan keradangan dalam badan
2.mempercepatkan penyembuhan luka-luka kanser
&membantu dalm penghadaman protein yang
Melindungi sel kanser
3.kajian menunjukkan ia membantu untuk melawan
Penyakit kardiovaskular dan kanser
4.terdapat bukti yang kukuh bahawa pengambilan
1,200 ke1,800 miligram bromelain satu hari boleh
Membantu menenagkan kembali kesakitan akibat
Keradangan & kanser yang sengsara dengan artristis
Rheumatoid.
5.apabila digabungkan dengan antibiotic ,bromilin
Boleh juga membantu  mengurangkan keradangan
Yang menemani sinusitis.kajian telah menunjukkan
Bahwa bromilin baik untuk penurunan bengakak payu
Dara dan meningkatkan khaddar pernafasan
6.bromilin meyekat pengagregatan (berkumpul)
Platelets,&dan ia sangat membantu mencegahpenyakit
Jantung disebabkan oleh pembentukan plak yang
Akan membawa Kepada serangan jantung
7.sangat berkesan dalm merawat angina& chronic
Obstructive pul monary disease (COPD)
8.bromelain dapat menigkatkan peyerapn
Beberapa dadah, termasuk antibiotic ,ubat kemot-
Erapi,dan tekanan darah tinggi.boleh meningkatkan
Kesan ubat-ubatan lain seperti warfarin(Coumadin);
Anti motrin, advil,naproksen,aspirin
9bromilin boleh membantu rawatan-rawatan kanser
Menjadi lebih Berjaya
10.bromelain boleh membantu yang menderita
Sindrom prahaid (PMS)oleh halangan prostaglandin
Hormon-hormon yang punca kejang prahaid
11.melancarkan perjalanan darah haid agar mengalir
Dengan lebih baik dan lancer
BROMILIN MEMBANTU PENYERAPAN B17 &
PEMECAH PROTIN YANG MELINDUNGI SEL
KANSER DENGAN BERKESAN

RAWATAN  ALTERNATIF
              KANSER
‘b17 nitrilosideFood’ adalah makanan
Yang mengandungi kandungan ‘vitaminin
B17’ yang tinggi, ia terdapat pada tumbu-
Han kumpulan’nitriloside’seperti biji apri-
Cot,sesame, biji buga matahari,golden
Flex seed,apel pips,sengkuang,ubi kayu,
Biji oren,buah beri-beri dan pelbagai jenis lagi

,b17 nitriloside food, merupakan pilihan
Tepat untuk anda yang mengahadapi penyakit
Kanser  tidak dikira ditahap mana,sama ada
Ditahap 1,2,3 mahupun ditahap 4. B17
Nitriloside food ini dapat membantu untuk
Membunuh sel-sel kanser yang telah meny-
Erang atau telah berada didalam tubuh
Anda

Anda juga boleh dan digalakkan untuk
Mengambil produk mengandungi b17
Nitriloside ini sebagai makanan tambahan
Untuk pencegahan daripada serangan
Kanser.terutamanya apabila saudara
Terdekat anda (eg.ibu,bapa atau adik
Beradik) telah diserang cancer.mencegah
Itu adalah lebih baik dari merawat,jadi mu-
Lakan lah langkah pencegahan anda dari
Sekarang dengan produk b17 yang memang
sudah terkenal di seluruh dunia.

bahan penyebab kanser

Thursday 8 March 2012

DEODORAN BOLEH MENYEBABKAN KANSER PAYUDARA?


DEODORAN BOLEH MENYEBABKAN KANSER PAYUDARA?

Written by Admin   
Monday, 03 October 2011 15:30
Advertorial
Deodoran
Boleh Menyebabkan Kanser Payudara?
Adakah anda sering dibelenggu oleh bau badan? Sehingga menggangu dan kadang kala mengurangkan rasa keyakinan diri anda dan tidak mampu menyerlahkan kewanitaan sebenar anda. Mengatasi bau badan agar sentiasa harum dan menyegarkan adalah merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang inginkan keselesaan apabila berinteraksi dengan orang lain. Kebanyakan orang memilih untuk memakai deodorant bagi mengatasi masalah tersebut.

Deodorant adalah suatu kebiasaan digunakan setelah mandi ataupun sebelum memakai pakaian sama ada dalam bentuk ’roll-on’ atau ’spay’ dan adalah amat menakutkan apabila memikirkan sesuatu yang kita gunakan setiap hari boleh membawa mudarat dan boleh menyebabkan kanser payudara.

Kebanyakan deodoran yang dijual di pasaran mempunyai bahan aktif anti-peluh, yang terdiri daripada aluminium salt terutama nya aluminium klorohidrat. Bahan kimia aluminium ini bertindak merangsang sel-sel kilang peluh menutup pori-pori bagi menghalang pengeluaran peluh. Pengeluaran peluh melalui ketiak adalah sebahagian daripada sistem perkumuhan badan kita untuk mengeluarkan toksid hasil dari metabolisma badan. Dengan menghalang pengeluaran peluh diketiak dalam jangka waktu yang lama boleh menyebabkan toksid-toksid yang sepatutnya di buang akan terkumpul di sekitar sel-sel ketiak dan secara logiknya ia boleh mendatangkan berbagai penyakit seperti kehitaman ketiak, kulit ketiak yamg kasar dan berbiji-biji, bisul yang berulang-ulang dan tidak mustahil menjadikan salah satu punca kepada barah payudara.

Disamping itu, Aluminium klorohidrat sendiri adalah ’carsinogen’ yang boleh menyebabkan terjadinya kanser. Penggunaan Aluminium klorohidrat didalam deodoran adalah  merupakan salah satu punca kepada masalah kanser payudara yang semakin lazim didengar dan semakin menakutkan di kalangan kaum wanita. Pada tahun 2002, satu kajian mencari hubungan antara kanser payudara dan deodoran telah di jalankan. Laporan kajian menunjukkan bahawa deodoran yang mengandungiberbagai bahan kimia yang merbahaya boleh diserap melalui kulit ke dalam tubuh. Kekerapan mencukur bahagian ketiak dan langsung menyapu deodoran di kalangan wanita juga merupakan faktor utama yang meningkatkan lagi serapan bahan-bahan tersebut.

Kajian perubatan seterusnya juga telah mengesahkan bahawa aluminium klorohidrat, paraben dan pewangi tiruan yang terdapat didalam kebanyakan deodoran adalah merupakan ancaman kepada kesihatan. Beberapa saintis juga berpendapat bahawa deodoran mempunyai kaitan dengan kanser payudara kerana ia sering digunakan dikawasan bersebelahan dengan payudara dan statistik menunjukkan kawasan paling kerap dan terawal kanser payudara dikesan adalah bahagian atas luar payudara, iaitu kawasan yang paling hampir dengan ketiak. 

Untuk mengatasi dilema diatas maka B17Deodorant untuk lelaki dan wanita di formulasi khas dengan ciri-ciri sehat dan mesra pengguna seperti berikut:

  • Mengandungi ekstrak B17
  • Tanpa aluminium klorohidrat
  • Tanpa alcohol dan pewangi tiruan
  • Tanpa Paraben
  • Tidak melekit
  • Tidak mininggalkan sisa berwarna

Rumusan khusus produk B17Deodoran adalah mengandungi ekstrak Vitamin B17 yang berasal dari biji buah aprikot. Vitamin B17 memang terkenal mampu membunuh sel-sel kanser dengan terbebasnya bahan sianid radical (HCN) apabila bertindakbalas dengan enzyme Beta-Glucosidase yang terdapat khusus pada sel kanser sahaja. Kandunga DMSO sebanyak 5% mampu membantu peningkatan penyerapkan Vitamin B17 kedalam badan dan juga bertindak sebagai antiseptic, antibakteria dan antikulat dan dengan itu mengurangi pembentukan bau yang kurang harum dari penguraian bakteria. Manakala bahan semula jadi ’tawas’ adalah digunakan untuk menyingkirkan bau busuk akibat dari penguraian oleh bakteria.

Disamping itu, B17Deodorant ditambah dengan vitamin C yang mampu menghalang ataupun mengurangi  pengeluaran melanin dan dianggap mempunyai kesan pencerahan kulit serta  membantu memperbaiki kulit yang kasar terutamanya di bahagian ketiak.

APAKAH KANSER BOLEH DICEGAH?


APAKAH KANSER BOLEH DICEGAH?

Written by Admin   
Monday, 17 October 2011 08:02
APAKAH KANSER BOLEH DICEGAH?
KENAPA PENCEGAHAN KANSER TIDAK DIJADIKAN AGENDA UTAMA?

Melihat kepada situasi semasa iaitu penyakit kanser semakin mengganas dan menjadi-jadi  dengan setiap 3 orang maka seorang pasti diserang penyakit kanser. Malah kanser sudah menjadi pembunuh nombor satu di zaman sekarang. Dunia semakin maju dengan berbagai-bagai teknoloji  canggih sehingga manusia mampu menakluki  Bulan, mencipta klon, nano teknologi, membiakkan stem sel dan berbagai-bagai peralatan perubatan yang berteknologi tinggi.
Kebanyakan penyelidikan dan kajian tertumpu bagaimana untuk merawat kanser.  Berbilion-bilion duit di peruntukan dan dibelanjakan untuk mereka dan mencipta peralatan baru bagi mengesan dan mendiognosa kanser serta juga terlalu banyak wang dibelanjakan setiap hari untuk mencipta berbagai ubat dan penawar bagi melawan kanser. Tetapi hakikatnya manusia maseh gagal untuk melawan dan merawat kanser. Rawatan kanser maseh tertumpu kepada 3 kaedah sahaja iaitu pembedahan, Kimotherapi dan Radiotherapi. Kemajuan ilmu pembedahan tidak mampu untuk merawat kanser sama sekali ia sekadar membantu membuang tisu kanser yang kelihatan sahaja. Kimotherapi juga gagal mematikan ataupun menghapuskan sel-sel kanser malah memberikan kesan toksid yang tidak terkawal kepada manusia. Radioterapi hanya sekadar membantu mengawal tisu-tisu kanser setempat dan gagal menghapuskan kanser secara keselurohan. Ketiga-tiga kaedah ini tidak menunjukkan sebarang perkembangan atau peningkatan dalam kejayaannya untuk merawat kanser iaitu ‘5 years survival rate’ untuk ‘solid tumours’ maseh sekitar 2% sejak 50 tahun dahulu!. Jadi keupayaan rawatan pembedahan, kimoterapi dan radioterapi maseh berada ditakuk lama sedangkan peningkatan ‘incidence’ kanser sudah terlalu tinggi iaitu setiap 3 orang pasti seorang akan diserang kanser. Mengikut kajian  ‘Incidence’ ini akan terus meningkat sekitar 1% setiap tahun. Kesimpulannya ‘Teknologi dan perkembangan perubatan’ maseh gagal untuk merawat kanser!.
Sebenar nya bukan Kanser sahaja yang gagal dirawat.  Penyakit AIDS juga gagal dirawat sehingga sekarang, dunia perubatan mengaku ianya tidak mampu dan tidak boleh dirawat untuk dibaik puleh, malah sesiapa sahaja yang mengaku atau cakap boleh ‘cured’ AIDS akan ditangkap dan dipersalahkan dimahkamah.  Kini segala usaha di lakukan untuk mencegah dan dunia perubatan menerima hakikat “pencegahan itu lebih baik daripada merawat” untuk penyakit AIDS.  Usaha, kempen dan berbilion wang diseluruh dunia di tumpukan kepada segala langkah-langkah pencegahan.

Kenapa kanser tidak diambil pendekatan yang sama? Kenapa ‘mencegah itu lebih baik daripada merawat’ tidak diberikan perhatian dan penekanan kepada penyakit kanser? Sedangkan ‘incidence’ nya lebih kerap (1:3) dan lebih banyak orang yang menderita dan mati kerana kanser. Kenapa dunia perubatan tidak mahu mengaku kalah setelah lebih 100 tahun melawan kanser dengan surgery, kimoterapi dan radioterapi , tetapi tetap di takuk yang sama tanpa ada apa-apa perkembangan positif?
Seharusnya dilakukan penilaian semula terhadap konsep dan pemahaman tentang penyakit kanser itu sendiri dan juga  sejauh mana keberkesananan rawatan yang ada? Apakah kita maseh tetap menganggap kanser itu disebabkan oleh ‘kegilaan pertumbuhan sel-sel tidak terkawal’ kerana faktor-faktor yang maseh “unknown” dan menerima beberapa anggapan ataupun sekadar asosiasi yang tidak begitu pasti seperti virus, rokok dan bahan-bahan kimia. Mengapa kita tidak mahu melihat dari pengalaman dan pengajaran daripada keilafan yang lalu seperti tentang penyakit ‘scurvy’. Penyakit scurvy telah membunuh berjuta-juta kelasi kapal Englan, Sepanyol dan Belanda sekitar 100 tahun dahulu. Berbagai kajian dan postulasi telah di lakukan untuk mencari punya sebenar penyakit scurvy dan apabila ada penemuan yang mengatakan scurvy boleh dirawat dengan mengambil ‘ascorbic acid’ maka dunia perubatan waktu itu hanya mentertawakan dan mengatakan itu rawatan orang gila, sehingga setelah 40 tahun baru lah ia diterima sepenuhnya oleh dunia perubatan bahawa penawar kepada penyakit ‘scurvy’ adalah dengan mengambil pemakanan yang mengandungi  vitamin C.  Kemudian ujud pula penyakit baru yang di panggil  ‘Pellagra’, ini pun mengambil masa 50 tahun baru dunia perubatan menerima hakikat bahawa pellagra adalah penyakit metabolik yang disebabkan kekurangan zat vitamin B12 didalam pemakanan.

Dalam hal penyakit kanser ramai saintis dan para-para doktor yang percaya dan mengatakan kanser juga adalah penyakit metabolik. Penyakit metabolik adalah penyakit yang terjadi didalam badan pesakit sendiri akibat dari kekurangan zat-zat tertentu dari pengambilan pemakanan dan tidak disebabkan oleh unsur luaran seperti virus, bacteria, fungus ataupun bendasing yang lain.   Ia juga adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat-zat pemakanan tertentu yang bertahun-tahun akibat dari pengambilan pemakanan modern yang tidak seimbang dan terlalu kurang mengambil sayuran, bijirin dan buah-buahan. Di tambah teruk lagi dengan pencemaran persekitaran dan kontaminasi minuman, makanan serta bahan-bahan personal yang di campur dengan perbagai bahan-bahan kimia. Saintis dan dunia perubatan adalah terlalu sukar dan lambat untuk menerima hakikat bahawa pemakanan adalah punca kepada kebanyakan penyakit kita. Nabi Muhamad saw. Sendiri  pernah bersabda dan itu menyatakan “ bahawa punca segala penyakit adalah dari perut”.

Adalah tidak mustahil setelah 200 tahun monopoli rawatan surgeri, kimoterapi dan radioterapi dengan punca dan penyebab yang ‘unknown’ barulah ditemukan penawar sebenar penyakit kanser. Anda jangan terperanjat  kalau penawarnya terlalu dekat dan terlalu mudah untuk kita fikirkan sekarang seperti vitamin C untuk scurvey dan vitamin B untuk pellagra ataupun makanan biji-biji buah untuk kanser. Tetapi anda jangan risau, bimbang atau menyesal kerana waktu itu mungkin anda dan beberapa keturunan anda  sudah mati akibat penyakit  kanser.

Disini kita tidak menyanggah ataupun menidakkan rawatan standard surgeri, kimoterapi ataupun radioterapi tetapi kita mahu menekankan bahawa kanser boleh kita cegah bersama. Hakikatnya dunia kita semakin kotor, udara yang disedut setiap saat semakin tercemar dengan pelbagai asap dan bahan-bahan kimia yang sentiasa terbebas dari kilang-kilang perindustrian dan  kenderaan bermotor atau pun radioaktif dari ujian bom-bom nuclear. Sungai-sungai dan pelbagai punca air minuman   kita juga sudah tercemar. Pemakanan dan  minuman kita juga sudah terlalu modern dengan menggunakan pelbagai bahan kimia sebagai pengawet, perasa tiruan, pelazat kimia , pewarna dan antibiotic serta racun serangga. Polar pemakanan manusia sekarang sudah terlalu kurang  mengambil sayuran, buah-buahan dan bijirin segar malah terlalu banyak mengambil karbohidrat, protin haiwan dan gula serta gula tiruan. Penyakit Kencing manis, Darah tinggi, Kolesterol, Jantung , Gout, Rheumatoid, SLE,  Bronchial asthma dan lain-lain penyakit kronik adalah juga tidak mampu dirawat oleh perubatan moden , kalau adapun sekadar merawat symptom nya sahaja dengan pengawalan gula untuk Kencing Manis, pengawalan tekanan darah untuk Hypertension dan pain killers ataupun steroid untuk Gout, SLE, Rheumatoid Arthritis  dan steroid atau pun bronchodilator untuk Asthma.

Kesedaran tentang kepentingan ‘Organic food’  maseh terlalu kecil dan hanya sebilangan kecil sahaja masyarakat yang mampu dan mempunyai kesedaran  untuk mengambil makanan organik.  Pengambilan air minuman  bertapis yang bebas klorin dan dari segala logam-logam berat adalah maseh terlalu kecil. Minuman air beralkali adalah juga bagus untuk kesihatan manusia. Penjagaan alam sekitar, sungai dan kawasan hutan hijau serta lapisan ozone juga adalah penting untuk kesejahteraan umat manusia didunia.

Menyedari tentang faktor-faktor alam semula jadi yang semakin kotor untuk kehidupan manusia dan tabiat polar pemakanan yang  tidak sihat maka di yakini ini adalah punca utama kepada peningkatan berterusan ’incidence’ kanser dari 1:100 kepada 1:3 sekarang. Perkembangan dunia sains, teknologi dan kemajuan dunia perubatan modern langsung tidak mampu untuk mengurangi kejadian kanser malah turut menyumbang kepada peningkatan kanser ataupun kematian yang disebabkan oleh kanser.

Menginsafi hakikat ini sesuatu yang lebih proaktif harus dilakukan oleh oleh kita semua terutama untuk memelihara alam sekitar dari pencemaran. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangi pengambilan karbohidrat, gula dan pengambilan lemak dan daging haiwan. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta cuba mengambil pemakanan yang organik. Gaya hidup sehat termasuk meninggalkan segala tabiat atau aktibiti yang merbahayakan kesihatan diri seperti merokok, mengambil alkohol, dadah dan mengamalkan sex yang sihat. Amalkan senaman sekurang-kurang nya 30min untuk 3 x seminggu dan kurangkan berat badan anda pada tahap BMI yang sihat. Lebih prihatin dalam menggunakan bahan-bahan personal care seperti sabun, syampo, makeup , tooth paste, deodorant dan lain-lain daripada bahan-bahan yang ada kimia yang boleh menyebabkan kanser. Jauhkan juga dari makanan yang ada pewarna, perasa tiruan , pengawet dan yang terdedah kepada ’insectiside’ dan ’pesticide’.
Pihak kerajaan juga harus lebih prihatin dan bertanggungjawab untuk mengawal industri pemakanan dan minuman , kosmetik dan ’personal care products’ daripada mencemarkan alam sekitar dan juga daripada menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya sebagai campuran di dalam produk mereka. Perundangan yang lebih menyeluroh dan efektif harus di lakukan bagi memastikan industri makanan dan kosmetik tidak menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kejadian kanser kepada masyarakat sekarang.

Dunia perubatan dan polisi harus berubah dan menerima hakikat bahawa kita gagal merawat kanser dan pendekatan harus berubah kepada PENCEGAHAN. Surgeri, kimoterapi dan radioterapi bukan lah penyelesaian kepada masalah kanser. Perkembangan dunia sains dan perubatan serta perkembangan teknologi canggih juga gagal untuk melawan kanser.  Lebih banyak penyelidikan dan wang harus di peruntukan untuk mencegah kejadian kanser. Berbagai kempen di peringkat national dan dunia harus dilakukan untuk mencegah kanser dari terus meningkat setiap tahun. Kalau AIDS boleh di tumpukan kepada pencegahan kenapa tidak kepada kanser?

Diatas segala kesedaran  komprehensif diatas kita tidak harus sekadar berdiam diri sahaja terhadap kanser, kita tidak seharusnya menunggu sahaja bila kanser akan menyerang kita!. Tidak cukup sekadar simpati apabila ibu atau bapa ataupun adek beradik kita diserang kanser. Menolong mereka untuk mendapatkan surgeri, kimotherapi dan radioterapi tidak akan cukup bermakna. Jangka hayat mereka sudah pendek walaupun dirawat dengan ketiga-tiga kaedah tersebut. Kita atau anda harus bertindak sekarang untuk menghalang kanser menyerang diri anda sendiri. Bagaimana ianya harus dilakukan? Lakukan langkah-langkah pencegahan anda mulai sekarang. Ubah cara hidup dan cara pemakanan anda sekarang. Jauhkan dari cara hidup yang memudaratkan diri anda. Kalau tidak kanser itu tetap akan menyerang anda sebab setiap 3 orang, seorang pasti akan diserang kanser sekarang ini. Jangan tunggu sehingga anda menjadi orang yang seorang tersebut.

Mulai sekarang  ambil sayuran segar hidup sebanyak yang mungkin melalui makanan 'salad' ataupun ulam dan banyakkan makan buah-buahan dan ’fresh juices’. Hanya tumbuhan-tumbuhan sahaja yang mampu menyediakan makanannya sendiri dan semua kehidupan di alam semesta ini bergantung kepada makanan yang disediakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Tumbuhan menggunakan tenaga matahari, carbon dioxide, klorofil, air dan zat-zat garam galian dari bumi menggunakan "Photosentisis' untuk memproses karbohidrat, protein, gula, lemak, segala macam vitamin dan garam galian. Makanan ini tersedia didalam daun-daun hijau, kuning, merah atau pelbagai warna ataupun tersedia didalam buah-buahan yang ada pelbagai jenis, warna, bau, rasa, saiz dan bentuk. Selain daun dan buah, ada juga makanan tertentu yang terdapat didalam bunga, kulit pokok, batang pokok dan juga akar-akar pokok.

Asas pemakanan utama yang dihasilkan oleh 'Plant Kingdom' ini memberi makanan untuk semua kehidupan haiwan 'Herbivora', 'Carnivora' dan 'omnivora'. Haiwan herbivora biasanya mempunyai saiz yang besar seperti gajah, seladang, zirafah, lembu, kerbau dan lain-lain, mereka biasa nya mempunyai kadar kesihatan yang tinggi dan umur yang panjang. Haiwan pemangsa akan memakan haiwan herbivora untuk mendapatkan segala sumber tenaga, makanan dan zat-zat vitamin. Manusia mempunyai kedua-dua pilihan untuk memakan terus tumbuhan sebagai penyedia makanan dunia dan/atau makanan kedua melalui pemakanan haiwan-haiwan herbivore, carnivore ataupun haiwan omnivora.

Polar pemakanan manusia zaman sekarang yang lebih tertumpu kepada pengambilan daging dan lemak haiwan daripada pengambilan tumbuhan. Kesimpulan nya manusia hari ini terlalu kurang mengambil sayuran segar, buah-buahan dan juga kekacang dan ini adalah merupakan faktor terpenting yang mendatangkan berbagai penyakit metabolik. Kekurangan zat-zat makanan tertentu dalam jangka waktu yang adalah punca terjadinya penyakit-penyakit metabolic.

Di samping itu dapatkan informasi selanjutnya tentang ’ nutritional metabolic supplementation therapy’. Anda di nasihatkan mengambil banyak kekacang dan  biji-biji buah untuk mendapatkan zat-zat yang kaya didalam nya. Ataupun untuk kemudahan, anda boleh mula amalkan memakan Vitamin B17 1 biji setiap hari bersama dengan pengambilan Apricot seed capsule 2 biji tiga kali sehari. Pengambilan multivitamin, vitamin E dan  vitamin  C adalah sangat digalakkan.